Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Bunian itu Jin

Anda pernah baca pelbagai versi kisah bunian? Mungkin anda tertanya- tanya, sebenarnya bunian itu makhluk apa? Separuh jin, separuh manusia? Atau bukan ketegori kedua-duanya? Menurut pandangan seorang pengamal perubatan Islam, Ustaz Fauzi Mustaffa “apa yang masyarakat Melayu sebutkan sebagai bunian itu sebenarnya adalah jin. Perlu kita fahami, jin itu sendiri ada banyak jenis. Sebagai contoh, jin yang dikenali sebagai bunian itu adalah makhluk halus yang hidup secara berkelompok. “Mereka hidup bermasyarakat, bergotong-royong, ada perkampungan, ada kenduri kendara. Saling tolong menolong. Kehidupan mereka secara lazimnya sama seperti kita. “Apa yang membezakan ialah kita tidak boleh melihat mereka dengan mata kasar. Cuma kita boleh kategorikan bunian ini jenis yang baik lah. Kalau jin yang jahat ni biasanya lebih suka hidup bersendirian dan berpindah-randah. “Tak semestinya bunian itu islam. Kita kena faham, jin juga sama seperti manusia. Bunian ni macam masyarakat majmuk. A

Gas Saraf VX - Gas Paling Beracun di Dunia

Pembunuhan Kim Jo Nam sehingga ri ni sudah berlalu lebih dari 2 minggu. Sejak kematian Kim Jo Nam pada 13hb Februari bulan lepas di KLIA2 Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia, satu dunia heboh dengan berita ni. Daripada kes ni, seluruh dunia kenal apa tu gas saraf VX. Kalau korang masih x tau apa tu VX, mae abang cerita kan, hehe. Gas saraf VX  merupakan gas paling beracun di dunia ni yang boleh meragut nyawa seseorang dalam beberapa minit jer.

Seperti kes Kim Jo Nam, beliau meninggal dunia dalam masa 15-20 minit jer selepas terhidu gas beracun tu. Pembunuhan Kim Jo Nam hanya memakan masa kurang dari 3 saat sahaja. Pembunuh pompuan dari Indon & Vietnam tu, salah seorang menggunakan kain menutup mulut dan hidung Kim Jo Nam dan lagi seorang sapu mata beliau, masa yang diambil hanya 2 saat lebih jer!

Kesan VX ialah ia boleh menyebabkan sistem penafasan dan sistem saraf manusia terganggu. Pengambilan dos yang banyak boleh menyebabkan seseorang tu hilang penafasan dan kekejangan badan sehingga seseorang tu mati. Dahsyat kan? Sebenarnya pengkajian senjata kimia oleh Korea Utara dah lama wujud dan Gas Saraf VX merupakan salah satu bahan kajian Korea Utara juga.


Kim Jo-nam (foto: Facebook)

Apa yang i risau sekarang ialah... Adakah mungkin selepas kemunculan gas beracun VX ni akan datang semakin banyak "pembunuh" yang akan menggunakannya untuk melakukan pembunuhan? Pernahkah korang bayangkan kalau satu hari, Korea Utara menghasilkan satu "senjata VX" yang mungkin boleh membunuh beribu-ribu orang dengan serta merta tanpa pendarahan? Apabila masa tu tiba, maka dunia dah hampir kiamat dah i rasa.

Berikut adalah video pembunuhan Kim Jo Nam di KLIA2 Lapangan Terbang Malaysia, sekiranya korang masih belum tonton video tersebut, ini dia video di bawah.
 

Ulasan

Catatan Popular